DAP kerah ahli lapor polis terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas

DAP kerah ahli lapor polis terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas

Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii berkata komen Siti Mastura Mohamad memberi kesan kepada keharmonian.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid menunjukkan laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad di IPD Brickfields. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
DAP akan mengerahkan ahli untuk membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad kerana mengaitkan beberapa pemimpin parti itu dengan bekas ketua komunis, Chin Peng, dan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, berkata wakil rakyat PAS itu sudah diberi masa secukupnya untuk memohon maaf dan membetulkan kenyataannya, namun tidak berbuat demikian.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng pada Selasa memberikan tempoh 48 jam kepada Siti untuk membuktikan dakwaannya.

“Isu ini buat sahaja fitnah tetapi menyebabkan perbalahan dan menjejaskan keharmonian,” kata Yii kepada pemberita di luar IPD Brickfields.

Terdahulu beliau bersama Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dan Ahli Parlimen Subang Jaya Michelle Ng mengiringi Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid untuk membuat laporan polis terhadap Mastura.

Yii yang juga ketua Pemuda DAP berkata Mastura sepatutnya membuat kenyataan berdasarkan fakta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.