
Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan, kira-kira 10 pagi tadi.
“Difahamkan, individu tersebut bertugas di sebuah syarikat swasta, telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Borang Pengesahan Pekerja secara dalam talian yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
“Ia (dipercayai) bagi melaksanakan ‘Program Insentif Pengambilan Pekerja’, sedangkan program tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun, beliau berkata, wanita tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM.