
Faizal atau dikenali Peja berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada pucuk pimpinan gabungan berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut.
“Saya berpandangan, jawatan tersebut boleh dipikul oleh anak tempatan,” katanya, lapor Astro Awani.
Faizal dilantik memegang jawatan itu menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith yang digugurkan pada Jun lalu.
Semalam, Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan Rafiei Mustapha dilaporkan menyarankan Faizal meletak jawatan jika tidak lagi berminat untuk menjalankan tugas.
Bekas menteri besar Perak itu dilihat tidak memainkan peranannya sebaik mungkin di Negeri Sembilan usai PRN Ogos lalu.
PN hanya menang lima daripada 36 kerusi ditandingi iaitu Paroi, Bagan Pinang, Serting, Gemas dan Labu pada pilihan raya itu.