
Sebaliknya, Malaysia mengambil pendirian hanya mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersifat multilateral, tambahnya.
“Pertamanya, kita tidak bersetuju dengan cara yang dibuat Amerika Syarikat dan keduanya, ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kita,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu pendirian kerajaan berhubung tindakan Dewan Perwakilan AS meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin baru-baru ini.
Perdana menteri berkata, beliau telah menghubungi beberapa negara sahabat dan negara Islam yang turut memberi pandangan sama, tidak mengiktiraf perkara itu.