
Jurucakap sebuah sekretariat yang ditubuhkan sekumpulan mangsa penipuan itu, Shah Abdul Malek mendakwa mangsa terdiri pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, doktor dan orang awam terpedaya dengan janji manis ahli perniagaan yang mula menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi tujuan penipuan itu sejak 16 tahun lalu.
“Tujuan sekretariat ini adalah bagi menghalang lebih ramai orang daripada terpedaya dengan penipuan itu dan mencari jalan bagi mendapatkan kembali wang mangsa,” katanya yang juga mangsa penipuan itu pada sidang media.
Shah berkata, beliau bersama mangsa lain mula mengumpul maklumat tentang operasi perniagaan dan modus operandi ahli perniagaan itu yang didakwa mengaburi mata pihak berkuasa dan mangsa menerusi 18 syarikat tidak wujud.
Sementara itu, seorang mangsa dari Scotland, Lee Roger Meiklejohn, 51, berkata dia kerugian hampir RM60 juta akibat tertipu oleh janji ahli perniagaan tersebut.
Meiklejohn berkata, laporan polis dibuat dua kali dengan kali pertama pada 2019 di Balai Polis Travers dan terkini di Balai Polis Petaling Jaya, semalam.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai penipuan pelaburan tersebut.
Shah menyeru semua mangsa menghubunginya di talian 012 2214433 bagi menghentikan kegiatan penipuan berkenaan.