Keputusan dalam 2 hari sertai atau tidak sidang APEC, kata PM

Keputusan dalam 2 hari sertai atau tidak sidang APEC, kata PM

Minggu Pemimpin Ekonomi APEC akan diadakan di San Francisco, California dari 11 hingga 17 Nov ini.

Anwar Ibrahim berkata beliau sedang berkoordinasi dengan semua negara terbabit dan setakat ini kebanyakan negara akan menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi APEC. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Malaysia akan membuat keputusan dalam tempoh dua hari ini berhubung penyertaan dalam Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Saya sedang berkoordinasi dengan semua negara yang terbabit dan setakat ini kebanyakan (negara) hadir. Jadi, saya akan semak perkara ini dalam masa satu atau dua hari,” katanya selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX) 2023 Grand Finale di sini.

APEC ialah forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling bergantungan yang semakin meningkat di Asia Pasifik.

Minggu Pemimpin Ekonomi APEC akan diadakan di San Francisco, California dari 11 hingga 17 Nov ini.

Semua 21 ekonomi anggota APEC menyumbang hampir 40% daripada populasi global, hampir 50% daripada perdagangan global dan lebih 60% eksport barangan Amerika Syarikat.

Ekonomi anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.