Gagal berfungsi baik, Ahli Parlimen cadang bubar J-Kom

Gagal berfungsi baik, Ahli Parlimen cadang bubar J-Kom

Abdul Latiff Abdul Rahman berkata J-Kom gagal memberi penerangan isu harga barang dan Palestin.

Abdul Latiff Abdul Rahman berkata kerajaan dapat menjimatkan RM13 juta dengan membubarkan J-Kom.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dibubarkan untuk menjimatkan RM13 juta kerana kegagalannya berfungsi memberi penerangan dengan baik.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu didakwa gagal menerangkan isu berkaitan harga barang dan konflik di Palestin sehingga mencetuskan polemik berterusan.

“Oleh itu saya cadangkan J-Kom dibubarkan kerana gagal jalan tugas dengan sempurna serta tidak berfungsi dengan baik.

“Tak bantu tarik sokongan kepada kerajaan dan bukan sebagai jabatan propaganda diharapkan,” katanya membahaskan Belanjawan 2024 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan dapat menjimatkan RM13 juta menerusi pembubaran J-Kom.

Pada 2020 kerajaan diterajui PN membuat penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan dikenali sebagai J-Kom dengan peranan serta fungsi berbeza.

J-Kom bermatlamat mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan penyaluran maklumat tepat, sahih serta bijaksana.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.