Pengundian PRK DUN Jepak bermula

Pengundian PRK DUN Jepak bermula

Seramai 22,731 pengundi berdaftar akan memilih ADUN baharu Jepak apabila semua 14 pusat pengundian dibuka jam 7.30 pagi ini.

Sebanyak 14 pusat mengundi untuk PRK DUN Jepak dibuka membabitkan 45 saluran dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang manakala tiga lagi pada 4 petang.
BINTULU:
Seramai 22,731 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada PRK DUN Jepak hari ini.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 45 saluran akan dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang manakala tiga lagi pada 4 petang.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk 43 anggota dan pegawai polis bagi PRK berkenaan.

Tempoh kempen PRK Jepak berlangsung selama dua minggu sejak 21 Okt lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca cerah pada sebelah pagi dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini mencapai 65%.

Semasa meninjau persiapan SPR di Pusat Penjumlahan Undi PRK Jepak di Dewan Suarah pada Khamis, beliau berkata keputusan dijangka diumum pada 9 malam.

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Talib Zulpilip daripada GPS pada 15 Sept lepas.

Dalam PRN Sarawak ke-12 yang diadakan pada Disember 2021, Talib yang menyandang kerusi DUN Jepak sejak 1996 berjaya mempertahankannya dengan memperoleh majoriti 4,243 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.