
Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata selain keahlian, semua jawatan yang disandang wakil rakyat itu turut digantung bagi tempoh sama.
“Iskandar digantung keahliannya berserta semua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 Nov,” katanya dalam kenyataan.
Hamzah berkata, keputusan penggantungan itu dibuat Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang bersidang semalam bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Iskandar Dzulkarnain yang juga ketua bahagian Kuala Kangsar.
“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan,implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu,” katanya.
Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan menyokong kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.