Adun Rembia dakwa WhatsApp digodam, nafi minta wang

Adun Rembia dakwa WhatsApp digodam, nafi minta wang

Jailani Khamis membuat laporan polis Rabu lalu selepas mendapat panggilan daripada beberapa kenalan dan ahli keluarga.

Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis mendakwa ada pihak yang cuba mengaibkannya dengan menggunakan nombor telefon lamanya dan meminta wang daripada orang ramai.
PETALING JAYA:
Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis membuat laporan polis selepas mendakwa akaun WhatsApp miliknya digodam dan digunakan untuk meminta wang daripada orang ramai sejak Selasa lalu.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh sehari kemudian, selepas menerima panggilan daripada beberapa kenalan dan ahli keluarga yang meminta kepastian apabila menerima mesej mencurigakan itu.

Jailani mendakwa ada pihak yang cuba mengaibkannya dengan menggunakan nombor telefon lamanya dan meminta wang daripada orang ramai.

“Alhamdulillah saya sudah buat laporan polis dan menamatkan nombor terbabit, malangnya ia masih digunakan melalui WhatsApp,” katanya menurut Berita Harian.

Jailani mendakwa, aplikasi WhatsApp miliknya tidak boleh digunakan selepas menerima dan mengesahkan enam digit kod dihantar seorang kenalan, kira-kira 9 malam pada 31 Oktober lalu.

“Waktu itu saya berada di rumah di Ayer Keroh sebelum seorang kenalan menghantar mesej untuk ‘private chatting’ dan menyuruh saya menerima kod peribadi sebanyak enam digit.

“Memandangkan dia kenalan dalam kumpulan WhatsApp, saya menerima kod itu dan lima minit kemudian ia tidak boleh digunakan dan mula menerima panggilan bertanyakan adakah saya mahu meminjam wang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.