
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan memaklumkan prosedur berkenaan perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras peruntukan undang-undang.
Menurut KSM, seramai 123 pekerja memfailkan tuntutan baki gaji mereka terhadap MYAirline di JTK setakat 31 Okt lalu dan KSM juga mengadakan sesi pertemuan dengan mereka yang terlibat pada 16 Okt lalu.
“KSM prihatin dengan situasi dihadapi oleh kakitangan syarikat penerbangan MYAirline.
“KSM bersama JTK akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela,” menurut kenyataan itu.
Penggantungan operasi MYAirline yang dikatakan ekoran tekanan kewangan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Dis lalu.
Pada 16 Okt lalu, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline, Azharuddin A Rahman, dilaporkan berkata pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan.