
Menurut sumber PKR, segelintir pemimpin PH percaya wujud elemen sabotaj ketika pilihan raya Ogos lalu itu.
Pemimpin bahagian PKR telah diarah menyerahkan senarai calon untuk dilantik sebagai ahli majlis tempatan dan ketua kampung di kawasan mereka.
“Arahan itu dikeluarkan awal minggu ini dengan tarikh akhirnya dilanjutkan ke minggu pertama November.
“Proses ‘pembersihan’ akan bermula dari bawah,” kata pemimpin PKR yang enggan dinamakan itu.
Sumber itu berkata, DAP dan Amanah Selangor juga diminta merombak lantikan politik mereka.
Ada kemungkinan beberapa jawatan diberikan kepada Umno yang kini sebahagian daripada pentadbiran negeri.
Pemimpin itu menyuarakan kebimbangan bahawa cadangan rombakan itu akan mengakibatkan kepimpinan tertinggi parti jauh daripada akar umbi.
“Bayangkan anda setia kepada parti dan tiba-tiba digantikan, apatah lagi digantikan oleh orang dari parti lain, rasa akar umbi akan senang hati?
“Ini mampu mencetuskan perbalahan ketika kongres PKR Selangor pada November,” katanya.
Sementara itu, ketua PKR Sungai Buloh R Sivarasa menyifatkan perkara itu sesuatu yang “biasa” dalam politik parti.
“Perlembagaan parti menyatakan pemimpin bahagian berhak mencadangkan nama (bagi lantikan politik),” katanya menambah, rombakan seperti itu berlaku setiap dua tahun