Video palsu dakwa jambatan retak dilapor kepada polis

Video palsu dakwa jambatan retak dilapor kepada polis

Jambatan Kedua Sdn Bhd melaporkan kepada polis tentang video mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah retak.

Jambatan Kedua Sdn Bhd semalam menafikan dakwaan sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah retak. (Gambar Bernama)
BATU KAWAN:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) membuat laporan polis berhubung penularan video mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak.

JKSB dalam kenyataan memaklumkan laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan hari ini, bagi meminta siasatan terhadap pengguna WhatsApp yang menularkan video terbabit.

“Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

“Sehubungan itu, JKSB meminta kerjasama semua pihak tidak menularkan video berkenaan memandangkan ia maklumat palsu,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular video 28 saat tular yang dirakam seorang individu mendakwa struktur JSAHMS retak dan meminta pengguna berhati-hati.

Dakwaan itu dinafikan JKSB berikutan struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan tidak sama.

Semakan turut mendapati ia video lama di luar negara sekitar 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.