Tak hadir pengesahan nikah, bekas Adun Pertang kena waran tangkap

Tak hadir pengesahan nikah, bekas Adun Pertang kena waran tangkap

Noor Azmi Yusof gagal hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan perkahwinan dengan bekas isteri keduanya.

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengeluarkan waran tangkap selepas Noor Azmi Yusof tidak hadir prosiding pengesahan nikah dengan bekas isteri keduanya yang dikahwini pada 27 Julai lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Adun Pertang Noor Azmi Yusof selepas gagal hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan perkahwinan dengan bekas isteri keduanya.

Hakim Ruzita Ramli mengeluarkan waran tangkap itu selepas Noor Azmi, 56, tidak hadir pada prosiding bersama Norhaya Ramli, 50, yang dikahwininya pada 27 Julai lalu, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Norhaya memaklumkan kepada mahkamah yang dia diceraikan Noor Azmi melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu.

“Memandangkan kes ini memerlukan kehadiran responden, mahkamah arahkan satu waran tangkap dikeluarkan kepada responden (Noor Azmi),” kata Ruzita.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Dis untuk prosiding sebutan semula kes bagi pengesahan nikah.

Noor Azmi adalah Adun Pertang daripada Umno dari 2018 hingga Julai 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.