
“(Tentang) RUU 355, kita masih lagi dalam sesi libat urus, kita adakan perbincangan dengan pihak majlis agama Islam negeri-negeri, pihak Istana, dan sebagainya,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) merujuk draf pindaan akta itu.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat selepas ditanya mengenai status terkini tindakan kerajaan meminda akta tersebut.
Mac lalu Naim berkata, pindaan akta itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.
RUU 355 diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt tahun lalu dan sepatutnya dibentangkan pada sidang Parlimen hujung bulan itu.
Bagaimanapun, proses itu terbantut akibat pembubaran Parlimen.
Penggubalan semula Akta 355 hasil Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 2021 akan menyeragamkan kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.