Pegawai Wisma Putra maut daki Everest Base Camp

Pegawai Wisma Putra maut daki Everest Base Camp

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jasad mendiang Parthiban Kandasamy dari Gorak Shep ke Kathmandu.

Parthiban Kandasamy (kiri) bersama anggota kumpulannya, minggu lalu. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Seorang pegawai Kementerian Luar Negeri berusia 38 tahun meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp.

Mangsa dikenali sebagai Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jasad mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.

“Jasad akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan membantu urusan membawa pulang jasad ke Malaysia,” kata kementerian.

Kementerian turut mengucapkan takziah kepada waris mendiang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.