Isytihar sokong PM: Nasib Ahli Parlimen Labuan akan dibincang

Isytihar sokong PM: Nasib Ahli Parlimen Labuan akan dibincang

Ahli MPT Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata perbincangan mengenai Suhaili Abdul Rahman akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan berkata Bersatu baru saja dimaklumkan mengenai sura wakil rakyat kedua parti itu yang menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR:
Bersatu akan mengadakan perbincangan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Wan Saiful Wan Jan berkata parti baru saja dimaklumkan mengenai surat Suhaili, dan sebarang keputusan hanya akan dimaklumkan selepas perbincangan selesai.

“Kita baru baca surat dikeluarkan Ahli Parlimen Labuan Suhaili. Jadi akan ada perbincangan dilakukan di peringkat parti dan dalam kalangan Ahli Parlimen dalam masa terdekat.

“Saya yakin di pihak parti akan membuat keputusan dan pengumuman yang sesuai dengan keputusan kita selepas perbincangan diadakan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Terdahulu, Suhaili menyatakan sokongan kepada Anwar, selepas mengambil kira permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik berterusan.

Suhaili wakil rakyat kedua daripada Bersatu yang menyokong kepimpinan Anwar selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut berbuat demikian, pada 12 Okt.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.