
Bagaimanapun, Puah menafikannya dan menyifatkan tuduhan Shahidan sebagai fitnah.
“Hari ini, setiap 10 minit seorang kanak-kanak Palestin dibunuh dan rakyat Palestin sekarang mati lebih 8,000 orang,” katanya di Dewan Rakyat.
“Saya minta Parlimen buat pendirian tentang perkara ini. Contoh Tebrau (Puah) membuat pandangan beliau menyokong Israel. Apakah seorang sahaja menyokong Israel?”
Shahidan mendakwa pendirian Jimmy menyokong Israel telah “tular”, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang pendirian dikatakan tular itu.
Timbalan Speaker Alice Lau kemudian bertanya sama ada Shahidan mempunyai bukti Puah menyokong Israel.
Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen kerajaan meminta Shahidan menarik balik dakwaannya jika tiada bukti.
Shahidan kemudian menarik balik kenyataan itu selepas Jimmy menafikan menyokong Israel.
“Kalau dia tidak mengaku saya tarik balik. Kalau dia (Jimmy) kata tidak betul. Alhamdulillah. Saya bukan nak tuduh-menuduh.
“Tetapi kerajaan sendiri kena keluarkan pendirian. menteri pendidikan, menteri di Jabatan Perdana Menteri keluarkan pendirian kita menentang perbuatan terkutuk Israel,” katanya.
Jimmy menjelaskan beliau menyatakan solidariti kepada Palestin di Facebooknya sebelum ini.
“Saya tanya soalan boleh ke tidak longgarkan syarat untuk perhimpunan aman agar lebih banyak perhimpunan solidariti boleh dilakukan tanpa notis lima hari.
“Saya tanya dalam Dewan, ada rekod,” katanya.