Remaja hamil dirogol bomoh ketika buang santau

Remaja hamil dirogol bomoh ketika buang santau

Polis berkata mangsa yang tidak datang haid hanya tahu dirogol ketika mendengar ceramah jenayah seksual di sekolah bulan lalu.

Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian mangsa dipercayai dirogol di rumah suspek pada November tahun lalu. (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Seorang remaja mendakwa hamil akibat dirogol pengamal perubatan tradisional ketika mendapatkan rawatan membuang santau.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian dipercayai berlaku pada November 2022 dan April lalu ketika mangsa 15 tahun yang ditemani ahli keluarganya ke rumah suspek berusia 50 tahun.

Katanya remaja itu membuat laporan di IPD Muar Jumaat lalu, dengan mendakwa dirogol suspek semasa proses perubatan.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan keluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September, selain tidak datang haid,” katanya menurut Harian Metro.

Susulan itu, katanya mangsa memaklumkan ibunya dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.