
Katanya penilaian dan prestasi ialah petunjuk penting bagi memastikan wakil rakyat memberi perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab di kawasan masing-masing.
“Anda telah diberikan amanah, diberikan peluang menjadi calon bagi pihak DAP, jadi mesti buat yang sebaik mungkin. Jangan sesekali memalukan parti ini dengan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai calon dan wakil rakyat.
“Kalau ada yang tidak menepati kehendak parti dan prestasi diharapkan, sudah tentu ramai lagi boleh menggantikan mereka,” katanya menurut Sinar Harian ketika berucap dalam Konvensyen DAP Perak ke-22 di Ipoh hari ini.
Beliau berkata DAP mempunyai ramai pelapis berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin dan wakil rakyat di pelbagai peringkat, sama ada kerajaan pusat, negeri atau tempatan.
Di Perak saja, katanya, selain wakil rakyat, pemimpin DAP mempunyai wakil di 99 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri dan lebih 100 orang mengisi jawatan ketua kampung.
“Setiap kali pilihan raya, ada wakil rakyat yang hendak bersara ataupun mengundurkan diri, jadi akan ada peluang kepada pelapis-pelapis ini (menjadi calon).
“Jadi, seluruh kepimpinan dan keahlian DAP di semua peringkat kerajaan mesti terus berusaha bertungkus lumus dan paling penting kita mesti mengingatkan diri untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat.”