
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook di Parlimen semalam, kerajaan tidak bercadang mengenakan hukuman atau denda terhadap penumpang lelaki yang menceroboh koc khas wanita.
Sebaliknya, Loke berkata pihaknya akan terus meningkatkan advokasi dan teguran kepada kelompok berkenaan.
“Dari segi kesedaran, pada peringkat awal pelaksanaan, kami mencadangkan supaya ada atendan stesen untuk mengingatkan penumpang di platform jika boleh,” kata Nancy dalam kenyataan.
Beliau turut menggesa ruang khas wanita itu diwujudkan lebih banyak dalam sistem pengangkutan awam negara.
“Saya percaya ia akan menjadi kebiasaan apabila lebih banyak koc wanita sahaja dilaksanakan dalam perkhidmatan kereta api dan MRT,” katanya.
Koc khas wanita bagi laluan MRT Kajang diperkenalkan pada 18 Sept, berikutan kebimbangan disuarakan penumpang wanita terhadap risiko gangguan seksual setiap kali berada dalam koc yang penuh sesak.