Dakwaan kandungan pro-Palestin disekat ‘tak berasas’, kata TikTok

Dakwaan kandungan pro-Palestin disekat ‘tak berasas’, kata TikTok

Platform media sosial iti berkata garis panduannya diguna pakai secara adil kepada semua kandungan.

Kerajaan memberi amaran kemungkinan tindakan dikenakan terhadap TikTok dan Meta selepas platform itu didakwa menyekat kandungan menyokong rakyat Palestin. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
TikTok berkata dakwaan kerajaan bahawa platform itu menyekat kandungan pro-Palestin sebagai “tidak berasas”.

“Garis panduan komuniti kami digunakan secara adil kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk konsisten menguatkuasakan dasar kami bagi melindungi komuniti kami,” kata jurucakap TikTok dalam emel kepada Reuters.

Semalam, Malaysia memberi amaran kemungkinan tindakan terhadap TikTok dan firma media sosial, Meta, sambil menyatakan platform tersebut didakwa menyekat kandungan menyokong rakyat Palestin.

Dalam maklum balas Meta, firma itu berkata dakwaan tersebut “tidak benar” sambil menambah platform Facebook bukan sengaja melakukan sekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.