
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut diserang buaya ketika mencuci pakaian dan mandi di tebing Sungai Terusan Dumundung, Sukau, Sabah.
Mayat Kamirun Malul, 42, ditemui kira-kira 500m dari lokasi dia diserang pada 3.30 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejauh 62km dari BBP Kota Kinabatangan selepas menerima panggilan pada 3.10 petang.
Katanya, rakan mangsa memaklumkan Kamirun diserang dan dibaham di bahagian kaki.
“Operasi ditamatkan pada 5.38 petang,” katanya menurut Sinar Harian.