
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, mangsa, Mohd Aziz Ismail, 65, dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa turut menaiki bot terbabit bersama seorang lagi individu.
Katanya, kejadian disedari seorang pekerja kilang pasir berusia 31 tahun yang berada tidak jauh dari lokasi yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong.
“Dia kemudiannya menggunakan sebuah bot lain dan terus menuju ke arah mangsa yang berada dalam air.
“Kedua-dua mereka berjaya dinaikkan ke atas bot, tetapi warga emas itu tidak sedarkan diri,” katanya melalui kenyataan, menurut Sinar Harian.
Beliau berkata pekerja terbabit terus membawa kedua-dua mangsa ke tebing sungai sebelum menghubungi Hospital Gua Musang.
Bagaimanapun katanya, warga emas itu disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.
“Seorang lagi mangsa yang selamat dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui di badan mangsa,” katanya.