
“DAP akan sokong kamu selagi kamu boleh ikut apa yang dia nak. Dia akan tinggalkan kamu apabila kamu tak boleh ikut cakap dia,” kata Ahmad dalam Ceramah Perdana sempena Muktamar PAS ke-69 malam tadi.
Ahmad mendakwa, DAP pernah mempergunakan PAS untuk mendapatkan undi Melayu ketika bersama dalam Pakatan Rakyat, dan kini mereka menggunakan Umno untuk tujuan sama.
“Kita amat sedih apabila Umno boleh berkawan dengan DAP. Kalau kita tengok, di Pahang, PN ada 17 kerusi, Umno juga dapat 17 kerusi dan PH lapan kerusi. Tiba-tiba dia (Umno) boleh tinggal yang Melayu, dia boleh ambil yang bukan Islam.
“Di Perak pun sama, PN boleh 26 kerusi, BN ada sembilan, PH ada 24, dia sanggup hulur tali bersama DAP.
“Saya beritahu kawan-kawan Umno, awak boleh bergembira sekejap, selepas ni rakyat akan hukum apa yang awak lakukan,” katanya.
PH dan BN berganding bahu membentuk kerajaan negeri di Pahang dan Perak.
Di Pahang, 17 kerusi Barisan Nasional (BN) dan lapan kerusi Pakatan Harapan (PH) membolehkan pakatan kedua-dua gabungan membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, memperoleh 24 kerusi dalam DUN 42 kerusi.
Manakala di Perak, walaupun BN hanya memenangi sembilan kerusi, pakatannya dengan PH yang menang 24 kerusi membolehkannya mencapai majoriti mudah dalam DUN 59 kerusi.