
Dalam kejadian semalam, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata kanak-kanak maut itu merupakan warga Indonesia, selain dua mangsa, Dominic Serang, 33, dan Robin Kehing, 34.
Beliau berkata, pasukan Balai Bomba Tatau bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 1.18 tengah hari.
“Pasukan bomba mendapati kenderaan itu sudah ditarik menggunakan jengkaut ke daratan atas arahan polis.
“Mangsa pertama iaitu kanak-kanak lelaki terbabit ditemui berada dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Anggota bomba memasuki kolam dan menemui dua mangsa maut di dasar kolam,” katanya menurut Berita Harian.
Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.