Zawawi tarik diri bertanding, Ahmad kekal ketua Dewan Ulama PAS

Zawawi tarik diri bertanding, Ahmad kekal ketua Dewan Ulama PAS

Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mendapat pencalonan bagi merebut jawatan itu mengumumkan menarik diri daripada bertanding.

Ahmad Yahya kekal menerajui Dewan Ulama PAS bagi tempoh dua tahun lagi.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Pokok Sena Ahmad Yahya kekal menerajui Dewan Ulama PAS bagi sesi 2023-2025 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihannya hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mendapat pencalonan bagi merebut jawatan itu mengumumkan menarik diri daripada bertanding.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail kekal sebagai timbalan ketua ulama PAS manakala jawatan naib ketua ulama disandang Khirul Muntanazar Ismail.

Keputusan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS ke-69 Ab Halim Tamuri.

Halim turut memaklumkan bagi jawatan AJK seramai 18 individu dicalonkan untuk merebut 12 tempat, bagaimanapun enam daripada mereka turut menarik diri.

“Selepas enam tarik diri, maka jawatan AJK juga menang tanpa bertanding,” katanya.

Mereka yang dipilih adalah Dr Aminurrasyid Yatiban, Ana Masturah Ismail, Hishamudin Abdul Karim, Ibrahim Tahir, Ibrahim Zakaria dan Massaudi Din.

Mohd Asri Mat Daud, Muhammad Ismi Taib, Nafiri Touzi, Nushi Mahfodz, Syarbini Hussain, dan Zulkarnain Hassan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.