
“Majikan hanya perlu menyatakan julat gaji ditawarkan,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Sivakumar menjawab soalan diajukan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kerajaan merancang mewajibkan majikan menyatakan gaji tepat ditawarkan dalam iklan kerja bagi melindungi hak pekerja.
Katanya, perkara itu hanya diwajibkan untuk mereka yang mengambil pekerja asing dan ekspatriat, serta kekosongan kerja diiklankan di portal pekerjaan MYFutureJobs.
Pada Ogos, Lim menggesa kerajaan mengguna pakai dasar untuk mewajibkan makluman gaji dalam iklan pekerjaan bagi menangani masalah penghijrahan pakar di Malaysia.
Ahli Parlimen DAP itu berkata firma yang tidak mendedahkan gaji ditawarkan menyumbang kepada budaya menawarkan gaji jauh rendah kepada pekerja berkemahiran.