Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan

Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata polis mendapat kebenaran untuk menahan reman Goh dan dua ahli keluarga selama empat hari.

Goh Hwan Hua adalah pengasas bersama dan pemegang saham majoriti syarikat tambang murah MYAirline Sdn Bhd.
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd Goh Hwan Hua ditahan malam tadi bersama dua ahli keluarga.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata polis juga dapat kebenaran untuk menahan reman ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.

Goh, 57, dan dua ahli keluarga ditahan di kediaman mereka di Shah Alam semalam, lapor Sin Chew.

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan syarikat itu menggantung operasinya serta-merta akibat “cabaran kewangan signifikan”.

Dalam emel dalaman yang dilihat FMT, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.