
Pemangku Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata siasatan awal mendapati pengadu seorang perempuan warga tempatan berumur 21 tahun menyatakan ditampar bekas teman lelakinya berumur 22 tahun akibat perselisihan faham.
“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012 8819215 atau polis Gombak di talian 03 61262222,” katanya dalam kenyataan.
Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 6.30 petang Isnin lalu dan tular keesokannya. Video 22 saat itu memaparkan lelaki terbabit menampar seorang wanita dalam sebuah kereta.