Lelaki pecah patung dalam kuil ditahan

Lelaki pecah patung dalam kuil ditahan

Polis turut merampas tukul digunakan suspek berusia 23 tahun.

Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun selepas memecahkan patung dalam kuil di Perak.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas bertindak memecahkan patung dalam sebuah kuil di Matang, Perak.

Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid, berkata pihaknya turut merampas dua objek iaitu tukul yang digunakannya untuk memecahkan patung terbabit.

Katanya, penahanan itu susulan satu laporan diterima pagi tadi berhubung kejadian berkenaan.

“Polis membuka satu kertas siasatan bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping untuk melengkapkan siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.