
Beliau berkata, ada agensi terbabit beroperasi hanya untuk faedah komersial selain tidak menguruskan dengan baik tanah serta saham khusus untuk golongan itu.
“Saya di antara orang yang cukup tegas dalam negara ini supaya memberi ruang kepada semua.
“Tetapi agensi diamanahkan menjaga kepentingan Bumiputera diberi tanah, diberi saham diberi kemudahan kerana tanggungjawab menjaga bumiputera kemudian urus dengan tidak baik,” katanya berucap pada majlis Pelancaran Unit Tambahan Dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).
Anwar yang juga menteri kewangan turut mengumumkan terbitan 1 bilion unit tambahan kepada AHB yang secara langsung meningkatkan komitmen Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).
“Ini lonjakan yang besar dengan peningkatan saiznya menjadi 5 bilion,” katanya yang turut meningkatkan had pelaburan kepada RM1 juta daripada RM500,000 untuk pelabur individu.