
Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu menggesa kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan agar ia kekal mampan.
Dalam pada itu, Shafie berkata RM730 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 bagi sektor perladangan dan komoditi membolehkan pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi membangunkan industri itu.
Selain penambahbaikan, beliau turut berharap cukai yang dikenakan terhadap industri sawit dapat disemak, menurut Bernama.
“Sektor kelapa sawit menghadapi pelbagai tekanan dengan kadar 24% dikenakan untuk pendapatan bercukai kepada syarikat, cukai luar jangka sebanyak 3%, cukai perkhidmatan (SST) 7.5% bagi Sabah dan 5.0% bagi Sarawak.
“Kadar ses semasa pula RM16 setiap tan pengeluaran minyak sawit mentah dan imigresen mengenakan RM2,200 seorang untuk lanjutan levi bagi pekerja yang bekerja melebihi 10 tahun,” katanya.
Beliau turut bimbang mengenai tekanan berterusan ke atas pemain industri yang akan menjejaskan prestasi sektor itu yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi.