
Mangsa seorang pemandu wanita berusia 62 tahun dan penumpang wanita berusia 48 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi, dalam kejadian 4.55 petang itu.
Ketua Polis Temerloh Mazlan Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku mereka dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.
Katanya, setiba di tempat kejadian, pemandu kereta dipercayai hilang kawalan akibat hujan lebat dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan.
“Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
“Manakala pemandu lori berusia 35 tahun dari Felda Tembangau Satu, Bera tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan, menurut Berita Harian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.