
Harian Metro melaporkan Majistret Don Stiwin Malanjum membuat keputusan itu susulan pengakuan bersalah Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan kepada anak lelakinya berusia 13 tahun dengan mengacukan pisau di rumah mereka di Batu 8 Jalan Tiku, dekat Tawau pada 9 pagi 4 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika tertuduh ke rumah bekas iparnya sebelum meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau serta mengacu senjata itu ke arah mangsa untuk mengarahkannya menunaikan solat.
Mangsa yang ketakutan menuruti arahan bapanya, sebelum ibu saudaranya menghubungi polis.
Pekerja di premis mencuci kereta itu yang sudah bercerai dengan isterinya, pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukumannya atas alasan dia sudah insaf dan menyesal dengan perbuatannya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan 4 Ogos lalu.