4,839 hektar tanah di Sabah, Sarawak akan dimajukan untuk tanam padi, kata TPM

4,839 hektar tanah di Sabah, Sarawak akan dimajukan untuk tanam padi, kata TPM

Tanah terbabit seluas 2,159 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan Kota Belud manakala 2,680 hektar di Sarawak melibatkan kawasan Batang Lupar.

Setakat ini tanah seluas 4,839 hektar disahkan untuk penanaman padi di Sabah dan Sarawak, kata Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan memajukan tanah seluas 4,839 hektar di Sabah dan Sarawak untuk dijadikan kawasan penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, tanah terbabit seluas 2,159 hektar di Sabah, iaitu di Beluran dan Kota Belud, manakala 2,680 hektar di Sarawak melibatkan kawasan Batang Lupar.

“Lima puluh ribu hektar dimaksudkan itu perancangan jangka panjang, tetapi setakat ini seluas 4,839 hektar telah disahkan untuk dibangunkan (penanaman padi) di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai lokasi dan peruntukan terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Zahid berkata, perbincangan telah diadakan bersama premier Sarawak dan ketua menteri Sabah berkenaan perkara itu yang antara lain bertujuan mempertingkatkan tahap sara diri negara, sekali gus meningkatkan produktiviti padi dan beras negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.