
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata kerajaan juga mahu peruntukan itu digunakan bagi membantu Kelantan membina kemudahan sukan bersesuaian dengan acara dipertandingkan di Sukma.
“Kerajaan mahu sukan menjadi elemen yang mewujudkan integrasi dalam kalangan rakyat biarpun berbeza warna politik.
“Untuk itu, Kelantan memang mempunyai bakat kesukanan yang tinggi tetapi harus digilap dengan kemudahan serta kejurulatihan,” katanya selepas melancarkan Hari Sukan Nasional peringkat negeri di Taman Etnobotani.
Zahid yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan mempertimbangkan membuat permohonan untuk sebuah Kompleks Sukan di Gua Musang bagi tujuan itu.
“Saya akan berbincang dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan serta dan Kementerian Kewangan.
“Saya akan umumkan keputusan ini kemungkinan besar tahun ini atau tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, sambutan Hari Sukan Negara hari ini, bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi di semua pejabat Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Malaysia di negara lain.