
Beliau berkata pengecualian itu hanya memberi manfaat kepada nama-nama besar atau penganjur utama konsert kerana lesen yang dikenakan oleh kerajaan negeri masih menjadi masalah bagi persembahan yang lebih kecil.
Kos keseluruhan konsert kecil masih tinggi. “Semua tempat ini (lokasi konsert) diuruskan oleh pemuzik sendiri, kami tidak mempunyai pelabur,” katanya. “Tidak mungkin bagi orang seperti kami dapat membayar yuran tahunan ini.”
Walaupun duti hiburan 25% dikecualikan, semua persembahan kecil akan tetap dibuat secara sembunyi (di tempat-tempat tanpa lesen yang sah).
“Kami masih menjadi sasaran kepada serbuan polis, itulah masalahnya. Pembaharuan cukai tanpa pembaharuan lesen hanya memberi faedah praktikal yang kecil kepada kami,” kata Gomez kepada FMT.
Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam termasuk pengecualian duti hiburan untuk persembahan pentas oleh artis tempatan dan pengurangan 10% dalam cukai hiburan untuk artis antarabangsa di wilayah persekutuan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Livescape Group, Iqbal Ameer, berkata pengumuman itu merupakan langkah ke arah betul dan akan membantu industri hiburan untuk terus berkembang dengan lebih banyak acara muzik.
“Kami percaya bahawa manfaat akan dapat dilihat dengan segera dan kami berharap kami boleh terus mendapat lebih banyak insentif dalam tahun-tahun yang akan datang,” kata Iqbal.