PM: Cukai perkhidmatan naik 2%, tak babit makanan dan telekomunikasi

PM: Cukai perkhidmatan naik 2%, tak babit makanan dan telekomunikasi

Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

Anwar Ibrahim berkata cukai perkhidmatan makanan dan minuman tidak dinaikkan untuk tidak membebankan rakyat.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% pada tahun depan.

Namun, beliau yang juga menteri kewangan berkata kenaikan itu tidak membabitkan makanan dan minuman serta telekomunikasi untuk tidak membebankan rakyat.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

“Kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam awal (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat ditetapkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.