
Majistret Illi Marisqa Khalizan turut memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Tertuduh terdiri daripada Farid Khalid, 35; Amir Aizuddin Alfarizan, 23; Lum Chang Sing, 24; Hakimi Hanafi, 27; Muhammad Firdaus, 26; Chan Weng Loon, 25; Khoo Ming Ru, 30; Wong Jia Jet, 26; Tan Jin Aun, 26; Wong Zi Jing, 25; Wan Yi Han, 28, dan seorang remaja hanya dikenali sebagai Kesavan, 19.
Mereka didakwa memiliki senjata berbahaya semasa rusuhan pada kira-kira 1.37 pagi 2 Okt lepas di hadapan kondominium Trinity Aquata di Kampung Malaysia Tambahan.
Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Peguam Hannan Ishak dan Tripatjit Singh mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman mengendalikan pendakwaan.
Sebelum ini dilaporkan berlaku pergaduhan antara dua pihak dalam urusan menunda kenderaan sehingga bertukar menjadi rusuhan. Video menunjukkan kejadian tersebut tular di media sosial.