Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat

Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat

Sementara itu, 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan 20 lagi baik.

Setakat 4 petang tadi, dua kawasan di Johor iaitu Batu Pahat dan Larkin kekal dengan bacaan IPU tidak sihat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang tadi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan terbabit iaitu Batu Pahat dan Larkin masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153 dan 112.

Sementara itu, 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan 20 lagi baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.