Apa sukan sekali pun, pemakaian tak harus jadi halangan, kata Hannah

Apa sukan sekali pun, pemakaian tak harus jadi halangan, kata Hannah

Kerajaan Terengganu memutuskan tidak menyertai acara gimnastik dan gimrama wanita pada SUKMA 2024 disebabkan masalah pakaian tidak patuh syariah.

KBS akan bertemu Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) berhubung tawaran kepada atlet gimnastik wanita negeri itu menyertai sukan wushu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) dalam mencari jalan penyelesaian berhubung penawaran dibuat kepada atlet gimnastik wanita negeri itu menyertai sukan wushu.

Menterinya Hannah Yeoh berkata pertemuan itu akan membincangkan solusi terbaik buat atlet terlibat susulan kerajaan negeri kekal dengan pendirian melarang penyertaan mereka dalam sukan gimnastik pada mana-mana kejohanan termasuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya telah menghubungi Presiden PGNT Abdul Razak Mat Amin untuk kita tengok bantuan apa yang boleh diberikan bagi menyelesaikan masalah ini menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

“Hasrat kami ialah supaya anak-anak muda yang mahu terlibat dalam apa jenis sukan pun, kod pemakaian tidak seharusnya jadi penghalang untuk meneruskan impian dalam menceburi sesuatu sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Gimrama Piala Petrina yang membuka tirai hari ini sehingga Ahad ini di Stadium Titiwangsa, di sini.

Hannah mengulas mengenai perkara tersebut susulan keputusan kerajaan negeri itu untuk tidak menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada SUKMA 2024 di Sarawak disebabkan masalah pakaian tidak patuh syariah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.