Kereta bertembung SUV, kembar maut

Kereta bertembung SUV, kembar maut

Nur Shahidah dan Nur Zuhaida Abdull Karim, 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah, kira-kira 11 pagi tadi.

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk akibat bertembung dengan sebuah SUV di Kampung Gajah, Pasir Salak. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua beradik kembar maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Gajah, Pasir Salak pagi tadi.

Nur Shahidah dan Nur Zuhaida Abdull Karim, 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah, kira-kira 11 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah Abd Hadi Abdullah berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa menaiki Perodua Kancil yang bertembung dengan Nissan X-Trail dinaiki seorang lelaki dan wanita berusia awal 40an.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan dari kenderaan itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, dua lagi mangsa yang menaiki SUV itu mengalami cedera ringan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.