
Katanya, belum ada pertemuan atau sebarang surat rasmi daripada wakil Perikatan Nasional (PN).
“Setakat ini, pembangkang yang datang jumpa adalah Syed Saddiq saja, manakala daripada PN, sama ada ketua pembangkang atau ketua whip belum lagi.
“Berjumpa hal lain adalah, namun bukan berkait peruntukan,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas LKTN dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023 di Kota Bharu.
Sebelum ini, media melaporkan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka sedia berunding dengan kerajaan mengenainya.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, tiada perbincangan antara kerajaan dan wakil pembangkang mengenai peruntukan Ahli Parlimen sehingga kini.
Katanya, kerajaan melantik Fadillah bagi membincangkannya dan kaedah itu sama seperti ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
PLKN
Fadillah berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diteruskan dengan pendekatan berbeza, iaitu 90% membabitkan latihan ala ketenteraan dan 10% tatanegara.
“Ini memang diperlukan supaya kita boleh bangkitkan semangat kenegaraan kepada belia, selain kita mahukan belia yang gagah perkasa.”