
Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh, berkata semua mereka dan dua tekong bot ditahan kira-kira 1 pagi tadi selepas bot itu berjaya dipintas oleh anggota Pasukan Polis Marin.
“Pemeriksaan mendapati 25 pendatang asing yang terdiri daripada 13 lelaki, 11 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan itu tidak memiliki dokumen perjalanan diri. Mereka mengaku ingin keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua mereka yang berumur lingkungan empat hingga 53 tahun kini direman selama 14 hari.
Semua 25 individu itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 manakala dua tekong yang juga warga asing disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007.