
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa membuat laporan pada 12.30 tengah hari Khamis lalu dan petani berusia 41 tahun itu ditahan pada hari sama.
Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari hingga Khamis depan.
Katanya, kanak-kanak perempuan itu memberitahu guru kaunseling di sekolahnya berhubung kejadian yang menimpanya sejak berumur sembilan tahun.
“Siasatan awal mendapati kali terakhir suspek merogol anak tirinya di pondok dalam kebun Air Ganda pada 3 petang Selasa lalu.
“Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Taiping dan terdapat dua kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.