
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata peruntukan itu melibatkan 21 projek di ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negara manakala selebihnya iaitu 60 projek membabitkan aset-aset seperti bot dan lain-lain kenderaan.
“Ini semua termasuk sistem perhubungan, (peralatan) teknologi dan pembaikan kediaman. Kita telah menghantar permohonan peruntukan.. (dan) ini yang kita harapkan untuk rancangan boleh pinda RMK12 ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal sempena PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Balai Polis Karak.
PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas PRU15 pada 19 Nov lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lepas serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 Sept.