
“Beri ruang kepada mereka melalui detik ini. Kita akan panggil ibu bapa bayi itu nanti untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid menurut Harian Metro.
Semalam, media melaporkan bayi perempuan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta ibunya kira-kira 10 jam di kawasan letak kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.
Difahamkan, ibu mangsa yang juga doktor di HCTM menyangka sudah menghantar anaknya ke taska sebelum ke tempat kerja.
Wanita itu hanya menyedari mangsa masih berada dalam keretanya pada petang hari sama, selepas dimaklumkan suaminya bahawa mangsa tiada di taska.