
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang turut mencatat IPU melebihi 100 terdiri daripada Pasir Gudang (152) dan Batu Pahat (122).
Selain itu, kualiti udara di Kota Tinggi di Johor dan Nilai di Negeri Sembilan sederhana menghampiri tidak sihat, dengan masing-masing mencatat bacaan IPU 96 dan 99.
Sebanyak 55 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 10 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik, iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.