Jurulatih Dodgeball mengaku tak bersalah cabul dua murid

Jurulatih Dodgeball mengaku tak bersalah cabul dua murid

Terence Ee didakwa melakukan melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah rendah di Damansara.

Terence Een berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda.
PETALING JAYA:
Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap dua pelajar.

Terence Ee didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan murid lelaki berusia 12 tahun itu di sebuah sekolah rendah di Damansara antara November dan Disember tahun lalu.

Jika didapati bersalah, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Majistret Zharfan Rahim Hamzah membenarkan Ee membayar ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa sementara menunggu perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 29 Nov sebagai tarikh sebutan seterusnya.

Ee diwakili peguam R Thrichelvam, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.